Khamis, 23 Februari 2012

kebaikan seseorang itu jangan dilupakan...

Habis saja waktu sekolah...aku menumpang lori yang mengambil murid-murid ladang untuk dihantar ke rumah masing-masing..Perjalanan dari sekolah tidaklah seteruk yang disangkakan...namun kami terpaksa menggunakan laluan lain dilereng bukit akibat jalan yang selalu digunakan telah ditenggelami airrr...
Akibat jalan yang tidak rata,lori itu terasa bergoncang ke kiri ke kanan dan aku terpaksa memperkemas kedudukan...
Selepas semua murid dihantar,aku tiba di pintu GATE utama ladang...setelah selesai mengucapkan terima kasihh..aku menunggu di situ.Aku sempat berpesan meminta pengawal keselamatan di situ membantu bertanyakan lori atau kenderaan lain di laluan itu untuk aku tumpangi ke BAtu TIga Belas LHd DTU..Dia akurr.
Tak berapa lama,ada sebuah lori berhenti untuk meneruskan perjalanan dari ladang ke bandar melalui laluan tadi...Aku dipanggil dan secepat kilat aku melompat masuk ke perut lori. Pemandunya tersenyum dan memperkenalkan diri. Aku sempat melambai-lambaikan tangan mengucapkan terima kasih kepada pengawal keselamatan tadi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan