Khamis, 23 Februari 2012



kebaikan seseorang itu jangan dilupakan...

Habis saja waktu sekolah...aku menumpang lori yang mengambil murid-murid ladang untuk dihantar ke rumah masing-masing..Perjalanan dari sekolah tidaklah seteruk yang disangkakan...namun kami terpaksa menggunakan laluan lain dilereng bukit akibat jalan yang selalu digunakan telah ditenggelami airrr...
Akibat jalan yang tidak rata,lori itu terasa bergoncang ke kiri ke kanan dan aku terpaksa memperkemas kedudukan...
Selepas semua murid dihantar,aku tiba di pintu GATE utama ladang...setelah selesai mengucapkan terima kasihh..aku menunggu di situ.Aku sempat berpesan meminta pengawal keselamatan di situ membantu bertanyakan lori atau kenderaan lain di laluan itu untuk aku tumpangi ke BAtu TIga Belas LHd DTU..Dia akurr.
Tak berapa lama,ada sebuah lori berhenti untuk meneruskan perjalanan dari ladang ke bandar melalui laluan tadi...Aku dipanggil dan secepat kilat aku melompat masuk ke perut lori. Pemandunya tersenyum dan memperkenalkan diri. Aku sempat melambai-lambaikan tangan mengucapkan terima kasih kepada pengawal keselamatan tadi..
Hari ini 23.2.2012,aku di PKG Kinabatangan menghadiri bengkel SPBT...byk maklumat dan info yang aku dapat daripada menghadiri bengkel ini...bimbingan dan nasihat dari 2 orang penceramah jemputan  memang amat memuaskan...
Melalui bengkel seperti ini kami mendapat pendedahan yang sewajarnya mengenai masalah dan cara penyelesaian yang terbaik dalam memecah kebuntuan yang timbul...

Rabu, 22 Februari 2012

DARI LDG BKT MAS-Lahad Datu

Pagi...jam 4.30 bangun..bersiap2...lps solat..aku bergegas keluar dari  borneo home lahad datu.. selepas beberapa minit memanaskan enjin motorsikal aku terus memecut dengan memulas throttle meredah kesejukan pagi mendingin...yang paling membosankan apabila memotong lori sawit di jalanan atau trailer panjang membawa muatan bahan -bahan binaan....ditambah pula kabus yang menghalang pandangan...
Jambatan sungai segama sudah aku lalui...riak-riak air jernih kelihatan tenang menjauh...beberapa minit kemudian aku membelok ke kanan di Simpang Jeroco..huh!

Menghimbau coretan kenangan

Tanggal 4.1.2010,lebih kurang 10.30 pagi...aku tiba di Lapangan Terbang Sandakan.-sama sekumpulan guru dari Semenanjung. Apabila sampai di sana,sudah ada pegawai-pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah setia menunggu kami..di balai ketibaan.  Aku berkumpul bersama-sama beberapa orang guru yang bakal ditempatkan di beberapa buah sekolah di daerah Kinabatangan. Kami berpisah-pisah mengikut daerah masing-masing. Kumpulan aku dibawa menaiki sebuah bas yang enjinnya meraum kencang.
Selepas membeli barang-barang keperluan,kami meneruskan perjalananan ke Kota Kinabatangan...ditempatkan di rumah rehat di sana. Malamnya ada upacara sambutan guru baru oleh PPD Kinabatangan. Majlis telah dirasmikan oeh tuan pengarah sendiri. Dalam ucapan ringkasnya beliau menyeru agar kami berbakti dengan penuh dedikasi walaupun nanti ada di kalangan kami akan ditempatkan di tempat yang terpencil dan kurang kemudahan asas. Kata-kata beliau telah menjadi kunci azimat kepada kami walaupun pada malam itu menanti dengan penuh debaran sekolah yang akan kami ditempatkan.
Melihat wajah tuan pengarah pendidikan berserta pegawai-pegawai pendidikan yang menyambut mesra kedatangan kami,terasa jalinan kemesraan begitu erat sekali walhal hanya baru beberapa jam saja kami tiba di sini.
Pada penutupan majlis malam itu,masing-masing menerima sekeping surat sekolah yang bakal kami bertugas nanti. Riak-riak wajah selepas itu bercampur baur...ada yang melompat kegirangan,tak kurang juga yang mendiamkan diri...hehe
Pagi itu,aku menanti dengan penuh debaran...

Rabu, 9 Disember 2009

catatan perjalanan kehidupan

Sekali kita melangkah ke arah kehidupan dan digelar manusia kita akan menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran,kegembiraan dan keriangan,geram dan amarah,diselubungi kesedihan dan kepiluan...bersesuaian dengan fitrah manusia yang dikurniakan dengan perasaan sedih,gembira,marah dan ketakutan.
Sejak kita dilahirkan ke dunia ini,kita menangis kerana kelaparan atau kesejukan,ketidakselesaan datang menjengah kekadang waktu.