Rabu, 22 Februari 2012

Menghimbau coretan kenangan

Tanggal 4.1.2010,lebih kurang 10.30 pagi...aku tiba di Lapangan Terbang Sandakan.-sama sekumpulan guru dari Semenanjung. Apabila sampai di sana,sudah ada pegawai-pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah setia menunggu kami..di balai ketibaan.  Aku berkumpul bersama-sama beberapa orang guru yang bakal ditempatkan di beberapa buah sekolah di daerah Kinabatangan. Kami berpisah-pisah mengikut daerah masing-masing. Kumpulan aku dibawa menaiki sebuah bas yang enjinnya meraum kencang.
Selepas membeli barang-barang keperluan,kami meneruskan perjalananan ke Kota Kinabatangan...ditempatkan di rumah rehat di sana. Malamnya ada upacara sambutan guru baru oleh PPD Kinabatangan. Majlis telah dirasmikan oeh tuan pengarah sendiri. Dalam ucapan ringkasnya beliau menyeru agar kami berbakti dengan penuh dedikasi walaupun nanti ada di kalangan kami akan ditempatkan di tempat yang terpencil dan kurang kemudahan asas. Kata-kata beliau telah menjadi kunci azimat kepada kami walaupun pada malam itu menanti dengan penuh debaran sekolah yang akan kami ditempatkan.
Melihat wajah tuan pengarah pendidikan berserta pegawai-pegawai pendidikan yang menyambut mesra kedatangan kami,terasa jalinan kemesraan begitu erat sekali walhal hanya baru beberapa jam saja kami tiba di sini.
Pada penutupan majlis malam itu,masing-masing menerima sekeping surat sekolah yang bakal kami bertugas nanti. Riak-riak wajah selepas itu bercampur baur...ada yang melompat kegirangan,tak kurang juga yang mendiamkan diri...hehe
Pagi itu,aku menanti dengan penuh debaran...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan